Friday, 26 June 2009

30 Soalan

1. Bekas kekasih saya adalah : Gerard Butler (jangan tak urang sik taukk).

2. Saya sedang mendengar: Bunyi kipas angin yang kuat. Shwooosh shwoooshhh.

3. Mungkin saya patut: Matikan kipas angin.

4. Saya suka: Menyukai dan disukai.

5. Sahabat-sahabat baik saya: Bernama Z, S & F.

6. Saya tak faham: Sekiranya saya tak faham soalan ini.

7. Saya kehilangan: Fokus.

8. Ramai yang berkata: Begitu dan begini.

9. Makna nama saya: Mm. Tak pasti. Tapi, berkaitan dengan bulan. Bulan mengambang? Bulan purnama? Bulan yang indah? Entahlah.

10. Cinta itu adalah: Universal.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang: Menjawab soalan tag ini juga.

12. Saya akan cuba: Jawab soalan ini.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud: Sampai bila-bila.

14. Telefon bimbit saya: Berusia 2 tahun.

15. Bila saya terjaga dari tidur: Saya menguap & menggeliat.

16. Saya paling meluat apabila: Melihat dan mendengar sesuatu yang meluatkan.

17. Pesta/Parti adalah: Masa untuk bergaul dengan orang ramai.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah: Anak haiwan.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah: Zaman kanak-kanak.

20. Hari ini: Saya menjawab soalan tag ini.

21. Malam ini saya akan: Tidur.

22. Esok pula saya akan: Mengemas rumah.

23. Saya betul-betul inginkan: Percutian atau backpacking ke mana dan di mana saja.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini: Saya akan berkata "Hm."

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan: Arked permainan di dalam pusat membeli-belah.

26. Makanan Barat atau Jepun: Makanan kampung.

27. Bilik yang terang atau gelap: Terpulang dengan mood.

28. Makanan segera adalah: Makanan yang dapat disediakan dan dihidangkan dengan segera.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang: "Yea, you take care too. Bye."

30. Siapa yang anda nak tag: Tiada siapa.

17 contengan:

mat said...

panjang da jak soalan tok. dekat nak sama ngan soalan exam SPM.

:D

Khairul Antasha said...

baguss...bagus...nya nyuroh mek syg ktk..muahahaha

khairul onggon said...

u take care too.. yerrr... 30 soalan jak? kenak sik 300 owh baruk lah thrill..

Willie said...

mee segera adalah yg paling segera ma?

AmirFX said...

Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang: "Yea, you take care too. Bye." --->> kepada sapa? adakah kepada Z, S atau F?? hehe...

Si Penconteng said...

Mat,
Nyalah tek. Nang banyak soklan. Angol nak njawab.

Kak Aerol,
Oh, janganlah ngetek saya gik. Kasihanilah saya.

Bang Onggon,
300 soklan ngetek? Apuuu parai kitai.

Will,
Segera dimasak dan segera dapat penyakit.

Amir,
Kepada J. J stands for Jee. Jee is a girl. Case closed. Ehe.

*wink wink* said...

rajin zatil tok ehh..mek utang tag bg amer alu x dibyr2 gik..huu..

Ms Tikot said...

Bagus2... 3 ajak best friend ktk kah? Z,S & F :-)

Si Penconteng said...

Lil Fa-Z,
Sekpa. Selo-selo jak polah. Sekda nak digaut juak nak. Ehe.

Kak Tikot,
Aok. Tiga orang jak. Sorang skulmet, duak orang ya kawan sama keja dolok.

DrSam said...

tahniah...! terpsycho jiwa bila tengok orang rajin menjawab tag ni :)

zafi said...

nak usik juga yg pertama tu!!! hehehe :p
jokes

Felicia F. Ramzi said...

yah, simple jak jwpn tak ooo..eheh..ya bok best cara menjawab tag..

[h]einsen said...

kmk dolok2 sllu main futsal dgn gerard butler..sik pnh pun nya madah ada gerek nama zatil time dolok2..

Kelebar Malam said...

yobih...nang byk idea ktk molah soalan...mun ktk jd cikgu, gerenti berbelit mata mbiak nok jawab soalan ktk lak...heeee.....

Si Penconteng said...

Doc,
Aha. Terpsycho ya? Bagus, bagus. Bolehlah lain kali saya tag Doc, ya? Ehe.

Zafi,
Yela, yela. Pi la usikkk. Ehe.

Fels,
Angol mek masa miker idea nak nyawab soklan ngetek ya. Kotan malas *gisin*

Sen,
Yaka? Darling Gerry pun sik penah madah pa-pa ngan kamek nya main putsal ngan nemiak nama Heinsen. Kitak bulak kamek nakkk.

Kelebar Malam,
Hm. Gine rupa mata nemiak berbelit oh? Ehe XD

Audio said...

Hi Yuna.. sik main gitar tek? ehehehe.... XD

Si Penconteng said...

Aie. Pezal ehh. Ahah. Welkam bekkk! :D